Masa: 10 minit
Memasak: 10 minit
Keseluruhan: 20 minit 6 orang
Bahan-Bahan:10-12 gram agar-agar (agar-agar bertali)
4 helai daun pandan
1 biji telur
1 cawan santan pekat
1 ketul gula melaka (anggaran dalam 200 gram)
1/2 sudu kecil garam
**Optional
(Tambah jika tidak cukup manis)
1 sudu besar gula merah/brown sugar
Cara Penyediaan:
1-Pukul telur bersama santan pekat, tapis dan ketepikan. Ini kerana untuk mengelakan ketulan telur putih yang tak sekata apabila dimasak nanti.
2-Masak gula melaka sehingga larut dan kemudian tapis.
3-Masak agar-agar bersama air gula tadi dan daun pandan sehingga cair.
4-Masukkan santan cair, garam dan kacau sebati.
5-Masukan bancuhan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.
Teruskan mengacau selama 2-3 minit ketika mendidih. Ini supaya gumpalan hakus dapat terbentuk cantik.
6-Tuang dalam loyang dan sejukkan.
Resepi asal iresepi.com tetapi ada sedikit pengolahan mengikut citarasa.
Kay 0182031995
Pengedar #Shaklee No1 Anda
COD Shah Alam, Subang Jaya
Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, Brunie
0 comments:
Post a Comment
Jangan malu-malu nak comment tau
Post a Comment
Jangan malu-malu nak comment tau