Perlukah sokongan moral dari suami semasa berpantang dan menyusu?

Assalammualaikum & Selamat sejahtera.

Topik pada malam ini, saya rasa ramai diluar sana pernah mengalaminya atau setidak-tidaknya pernah terbaca dimana-mana.
Bagi ibu yg menyusu atau pernah menyusu atau pernah cuba untuk menyusukan anaknya, pasti melalui saat-saat gentir ini kan.
Ada yang sangat beruntung kerana saat melahirkan si manja, susu melimpah ruah.
Ada yang keluar setitik dua, paling tidak dlm 0.5 oz je.

Ramai yang menyangka sejurus melahirkan anak, susu akan banyak berbotol-botol.
Owh! Tidak sama sekali kecuali seperti yang saya katakan tadi, anda dikurniakan rezeki 'Tank' besar.

Selalunya, hari pertama kita melahirkan, susu akan keluar dalam kuantiti yang sangat sedikit dan ia dipanggil kolostrum. Setitik dua yg akan keluar dari puting, warnanya seakan-akan kuning pekat atau keemasan.
Kolostrum ini cukup untuk buat simanja kenyang.
Teruskan memberi supaya bayi akan merangsang dan menghantar signal ke kilang susu kita bahawa si manja perlukan lebih banyak susu.
Konsep Demand & Supply itu penting.

Tapi bukan ini yang saya ingin mengutarakan malam ini. Yang saya ingin bincangkan ialah sejauh  manakah peranan suami terhadap isteri yang dalam keadaan berpantang dengan emosinya yang terganggu dan tertekan semasa mencuba memperbanyakkan susunya.

Tiada sokongan moral dari suami, malah diperli atau menyalahkan si isteri susu tidak cukup atau punca si manja kembung perut kerana masuk angin, pada saya ia tidak wajar sama sekali.

Tahukah para suami, setiap kali kata-kata sindiran atau kata-kata sentap boleh membantutkan proses penyusuan untuk berjaya?

Ya. Mungkin si suami ada memberi sokongan dengan membeli breast pump beratus-ratus  atau beribu-ribu ringgit. Tapi ini tidak bermakna, dengan adanya pump tersebut, secara automatik susu akan banyak. Ini tidak benar.
Penyusuan yang berjaya hanya akan BERJAYA apabila faktor-faktor ini digabungkan. Faktor-faktor seperti pemakanan yang sihat, supplement yang betul, kerap memberi susu kepada simanja, keadaan sekeliling yang aman, emosi tidak terganggu, mendapat sokongan dari suami yang tercinta 100%, amalkan konsep Demand & Supply dan banyak lagi.

Saya ingin kongsikan secara ringkas kisah-kisah benar yang mempunyai masalah yang sama.

-Ani (Bukan nama sebenar) menghadapi masalah suaminya menyalahkan Ani kerana susunya sikit dan menyebabkan anaknya perut kembung masuk angin.

-Sal (Bukan nama sebenar) berasa sangat tertekan apabila melihat adik beradik iparnya dapat membuat stock susu mereka berpeti-peti dan suaminya tidak memberi sokongan moral. Malah membanding-bandingkan dengan adik-beradiknya.

-Atikah (Bukan nama sebenar) terpaksa campur dengan susu formula semasa dalam pantang lagi kerana kurang pengetahuan teknik penyusuan walaupun ia hanya berjaya pump 2oz sahaja setelah satu jam. Sehingga kini, suaminya ada juga terlepas cakap bahawa satu pembaziran membeli pump beratus tapi tidak pakai.

*Alhamdulillah, mereka kini telah berjaya menyusu setelah saya guidekan mereka dengan teknik yang betul untuk tingkatkan Demand & Supply susu mereka.
Alhamdulillah. Berkat usaha mereka yang gigih.

Secara jujurnya, saya berpendapat bahawa suami harus diberi penerangan dan pendekatan secara ringkas dihospital oleh bidan atau didalam Program Penyusuan Eksklusif  mengenai perjalanan penyusuan ini dan secara tidak lansung, ia akan membantu si suami memberi sokongan moral pada si isteri.

Sekian. Setakat ini sahaja topic perbincangan saya pada malam ini.
Semoga ia dapat membantu sedikit sebanyak para ibu yang berusaha untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun dengan jayanya. InsyaAllah.



Wallahu a'lam

Kay
018 2031995

Fb : Stay Healthy77






Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu nak comment tau

Post a Comment

Jangan malu-malu nak comment tau