Pajeri Nenas
Masa: 15 minit
Memasak: 15 minit
Keseluruhan: 30 minit
Bahan-Bahan:
1 biji Nenas yang sedang-sedang masak (sederhana kecil)
1 senduk besar minyak
1 1/2 cawan santan pekat
3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dgn air menjadi pes)
1 sudu besar kerisik
1 sudu kecil pes asam jawa (jika hendak masam)
Rempah tumis (kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga)
*Optional : Daun Kari
Bahan untuk dikisar halus:
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu besar udang kering
Cara Penyediaan:
1-Potong nenas membulat atau separuh bulat
2-Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis & *daun kari sehingga naik bau.
3-Masukkan rempah kari yg telah dijadikan pes.
4-Masak hingga pecah minyak.
Masukkan nenas, gaul perlahan-lahan seketika.
5-Tuang santan pekat dan kerisik.
6-Masak sehingga kuah menjadi pekat.
7-Garam, asam jawa dan gula secukup rasa.
Tips : Lebihkan sedikit gula kerana pajeri nenas sepatutnya manis sedikit
Kay 0182031995
Pengedar Shaklee No. 1 Anda
COD Shah Alam & Subang Jaya
Pos Seluruh Malaysia, Indonesia & Brunei
0 comments:
Post a Comment
Jangan malu-malu nak comment tau
Post a Comment
Jangan malu-malu nak comment tau