Selamat Hari Raya Aidil Adha pada semua pembaca yang dikasihi
Semoga amal ibadah kita diterima Allah Swt. InsyaAllah.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, balik kampung semasa Hari Raya adalah wajib bagi kami sekeluarga. Tetapi tahun ini ada kelainan sedikit.. lagi-lagi semalam tengok berita, keadaan lalu lintas yang terlalu sesak sehinggakan ada yang 15 jam pun tidak sampai-sampai lagi ke destinasi. Ohhhh...Tak sanggup menempuh jem lama-lama jika ada budak kecil. Kesian... lenguh diorang nanti.
Teringat waktu bajir di Terengganu - Kuantan. Kami terperangkap hampir 20 jam. Masa tu, alya baru 2 tahun. Sampai sahaja Kuantan, kami berehat satu malam.
InsyaAllah, dalam masa terdekat, kami balik ye mak mertuaku . Hihihi.
Owh!!! Memandangkan kerinduan melanda, kali ni saya buat Pure Caramel dari resepi turun menurun oleh Mak Mertua saya. Semoga terubat sikit rindu anak terhadap ibundanya.
Ini favourite hubby i. Alhamdulillah, setiap kali saya buat, lepas 'QC'nya yang ketat itu. (Saya olahkan sedikit resepi mengikut citarasa saya , Ya Ampun..hihihi)
Jom terjah...
Pure Caramel with Vanilla Ice Cream
(*Pure sebab tidak pakai custard, lebih enak* **Rahsia : Selang-selikan dengan bacaan Al-Fatihah & zikrullah. InsyaAllah jadi makin sedap*)
Bahan-bahannya (A) :
10 biji telur size A
1 Tin Ideal Milk (Saya pakai Brand Ideal sahaja)
2 cawan gula pasir (saya guna hanya 3/4 setiap cawan)
1 sudu vanilla essence (Star Brand / Pure Vanilla lagi sedap)
1 tin air filter / mineral (sukatan tin susu-if suka lembik, lebihkan sikit airnya)
Bahan (B)
Gula Hangus
1 1/2 cawan gula pasir
2 sb air masak
Bahan (C)
Tempat pengukus
7 helai Daun pandan
Cara-caranya
Langkah 1 :
Panaskan tempat pengukus dan masukkan air bersama daun pandan .
Biarkan ia mendidih sebentar.
Langkah 2 :
Masukkan semua bahan-bahan A tadi kedalam satu mangkuk.
Pastikan telur kuning dipecahkan.
Kacau perlahan-lahan.
Tapis semua bahan-bahan tadi sebanyak 3 kali ( 3 kali tau - lendir putih telur tu buang )
Pastikan tiada lendir dalam adunan tadi (ini untuk memastikan tidak hanyir)
Langkah 3 : (Untuk Gula Hangus )
Masukkan bahan B didalam loyang bersama 2 sudu besar air masak.
Baru boleh start panaskan loyang dengan api besar kemudian perlahan-perlahan tukar ke medium heat.
Kacau tanpa berhenti sehingga gula larut dan gula bertukar warna keemasan.
Terus alihkan loyang supaya gula tidak terlajak hangit.
Langkah 4 :
Masukkan adunan (bahan B) yg telah ditapis 3 kali itu ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi. Tutupkan dengan aluminium foil.
Langkah 5 :
Kukus selama 1 jam. Pastikan air didalam kukusan cukup tau.
Langkah 6 :
Sejukkan caramel di dalam fridge dan hidangkan dengan Vanilla Ice Cream.
**Pure Caramel ini tidak beberapa licin kerana saya tidak gunakan custard. Custard membantu melicinkan / nampak smooth*
Nyummmmmmyyyy..
Selamat mencuba!!
Ok. Bye for now
Kay IK
0182031995
0 comments:
Post a Comment
Jangan malu-malu nak comment tau
Post a Comment
Jangan malu-malu nak comment tau