Sememangnya normal untuk rambut anda gugur dalam 50 sehingga 100 helai sehari. Tetapi jika setiap kali bangun tidur anda melihat bantal dipenuhi dengan rambut serta segenggam rambut terlekat di sikat setiap kali menyikat, sudah tiba masanya untuk anda mengenali masalah rambut gugur yang dialami. Informasi berikut mungkin boleh membantu anda mengurangkan helaian rambut gugur setiap hari.
Rambut gugur kerana hormon
Hormon seks wanita merangsang pertumbuhan rambut yang tebal. Selain estrogen, setiap wanita turut meneghasilkan androgen dalam jumlah yang sedikit. Tetapi androgen boleh dihasilkan dengan aktif sekiranya seseorang wanita itu berada di dalam keadaan tertekan. Dan ia boleh menjadi faktor masalah keguguran rambut. Untuk kes yang serius, pakar perubatan akan memberikan pil anti-androgen. Untuk anda yang suka dengan cara yang lebih semula jadi, anda hanya perlu lebihkan rehat untuk mengurangkan stres.
Rambut gugur kerana produk
Sememangnya kita dilahirkan dengan rambut yang kuat. Tetapi masalah akan timbul sekiranya anda sering melunturkan warna rambut, kerap menggunakan produk penggaya rambut seperti melurus rambut atau mengeritingkan rambut. Ia mungkin tidak menyebabkan keguguran rambut dari akar tetapi akan menyebabkan rambut anda putus. Atasinya dengan menggunakan syampu yang betul, kurangkan mencuci serta hadkan penukaran warna dan stail rambut.
Rambut gugur kerana kurang vitamin
Atasi Masalah Rambut Gugur
Semua orang pasti mempunyai masalah yang sama iaitu rambut gugur. Rambut gugur boleh disebabkan oleh banyak perkara antaranya, liang pori rambut tersumbat, pengambilan makanan pedas dan berminyak, masalah tidur dan stress. Masalah rambut gugur boleh diatasi dengan beberapa cara, antaranya:
Cuci Rambut
Jika kulit kepala anda jenis yang cepat berminyak, basuh rambut sekurang-kurangnya sekali sehari. Teknik mengshampu rambut juga perlu betul, mulakan shampu di bahagian belakang kepala. Jangan malas untuk mengurut kepala dengan menggunakan jari dan bukannya kuku. Urutan ketika bershampu mampu membantu menguatkan akar rambut.
Makanan Ringan
Say no to junk food! Kandungan dalam makanan ringan boleh menyumbang kepada masalah kulit kepala. Ambil makanan yang sihat seperti oat, barli dan nasi perang dimana mampu membekalkan protein yang cukup.
Waktu Tidur
Pastikan anda mendapat waktu tidur dan rehat yang secukupnya. Kekurangan tidur membuatkan kamu keletihan dan menyumbang kepada masalah rambut gugur.
Rawatan Kulit Kepala
Ketepikan sedikit gaji untuk membuat rawatan kulit kepala di tempat pakar. Kulit kepala terutamanya perlu di berikan rawatan sekali sekala bagi mencuci minyak pada kepala. Jika punya bajet lebih, teruskan membuat rawatan.
Credit : http://www.eh.com.my
Mama Kay
For FAST REPLY Call/sms/whatsapp : 0182031995
Facebook PM https://www.facebook.com/messages/stayhealthy77
_________________________________________________________________________________ Jom LIKE Facebook Stay Healthy77 : https://www.facebook.com/stayhealthy77
Email : enfabird@gmail.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
0 comments:
Post a Comment
Jangan malu-malu nak comment tau
Post a Comment
Jangan malu-malu nak comment tau