NASIHAT KESIHATAN KETIKA JEREBU
1. GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yang merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
2. NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
- i. Orang ramai dinasihatkan supaya sejauh mana yang boleh berada di dalam bangunan.
- ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.
- Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.
- Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.
- Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
- Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.
- Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.
- Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.
- Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa
Pemakanan sihat semasa jerebu
Air adalah satu keperluan bagi setiap individu. Air diperlukan di dalam badan sebagai pelarut makanan, garam mineral dan vitamin.
Air juga diperlukan untuk mengawal suhu badan dan melancarkan peredaran darah. Air penting untuk meningkatkan kadar metabolisma tubuh dan kadar pembakaran lemak . Minum air kosong pada masa tertentu akan membantu meningkatkan kadar metabolisma badan .
Semasa musim berjerebu, cuaca sekeliling yang kering dan panas akan meningkatkan keperluan tubuh terhadap cecair. Ini adalah penting untuk menyeimbangi agar suhu badan tidak terus meningkat.
- Tingkatkan pengambilan cecair kepada 6 hingga 8 gelas air atau lebih mengikut keperluan untuk mengelakkan dehidrasi .
- Minum Jus serta makan buah – buahan dan sayur- sayuran yang kaya dengan antioksida, vitamin, mineral dan serat bagi membantu melawan penyakit.
- Elakkan pengambilan minuman yang mengandungi banyak kaffein seperti kopi dan minuman beralkohol yang boleh menyebabkan pembuangan air kencing yang kerap dan boleh menyebabkan dehidrasi.
- Pengambilan air suam adalah digalakkan berbanding minuman sejuk /berais kerana tubuh badan akan kehilangan haba dengan cepat yang perlu diganti semula.
- Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan kehausan dan dehidrasi seperti makanan masin atau bergaram.
- Makan pelbagai makanan mengikut keperluan untuk memastikan tubuh mendapat kesemua zat makanan yang diperlukan.
- Pastikan semua makanan dan minuman disediakan dalam keadaan bersih ,dimasak dan disimpan dalam keadaan yang sesuai sebelum digunakan untuk mengelakkan keracunan atau pencemaran makanan.
- Kekal aktif di tempat yang sesuai ( Dalam bangunan /rumah) tetapi elakkan atau kurangkan aktiviti di luar rumah. Elakkan merokok kerana ianya akan lebih memburukkan keadaan pencemaran udara.
- Anda digalakkan makan di rumah dan menyediakan sendiri makanan. Jika makan di luar, pilihlah tempat makan yang bertutup atau berada di dalam bangunan. Lebih baik bungkus makanan dan makan di rumah bersama keluarga.
Perisai tubuh secara semula jadi
Tahukah anda, bahawa sesetengah penyakit yang berkaitan dengan lemah sistem imun memerlukan interferon untuk dicucuk ke dalam tubuh badan. Walaubagaimanapun, interferon yang dicucuk ke dalam tubuh badan mungkin mempunyai kesan sampingan kepada tubuh badan.
Nutriferon berfungsi untuk menguatkan sistem imun dengan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh badan kita.
Nutriferon berfungsi untuk menguatkan sistem imun dengan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh badan kita.
Berbeza dengan Nutriferon ini berbanding dengan interferon yang dicucuk, kandungan semulajadi di dalam setiap sachet Nutriferon dapat menggalakkan penghasilan interferon secara semulajadi tanpa memerlukan suntikan.
Salah satu kebaikan utama Nutriferon ialah untuk sistem imunisasi tubuh badan manusia.
Nutriferon dihasilkan dengan kombinasi tumbuh-tumbuhan semulajadi seperti biji labu, benih Plantago, bunga Japanese Honey Suckle dan bunga Safflower.
Diharap informasi ini dapat sedikit sebanyak membantu keluarga anda menghadapi keadaan jerebu di Malaysia yang semakin teruk.
Dapatkan Perisai untuk keluarga anda @ 0182031995 Whatsapp atau email pertanyaan enfabird@gmail.com
http://www.moh.gov.my
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Kay Pengedar Shaklee No1 Anda 0182031995 (Whatsapp for fast reply)
COD Shah Alam, Subang Jaya, Klang* Penghantaran Seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia Email : Enfabird@gmail.com
Jemput singgah ke blog saya SET IMUNISASI DEWASA DAN KANAK-KANAK
ReplyDelete